Wednesday, September 16, 2009

aku kakak, kau adik

dear diary,

sungguh malang nasib mu diary kena mengadap aku di pagi hari. sebenarnya memanglah.. aku rasa dalam dunia ni aku lah kakak paling malang. semakin hari aku di pijak2. diorang dah tak hormat aku lagi.

untuk adik tersayang, pagi tadi aku gaduh dengan dila, adik perempuan aku yang sorang tu. aku dah lama geram tapi tak terlepas kat dia. sebab aku tak mampu nak marah dia. hati aku sakit sangat. sebagai kakak aku dapat rasakan yang dia seolah-olah dengki dengan aku. aku mengaku memang mak dengan ayah selalu lebihkan aku. tapi ada sebab. sebab diorang percaya aku. bukan aku tak pernah kena marah pun. aku lagi berganda-ganda-ganda kena marah dulu2 mase kecil sebab aku mmg anak yang nakal.

dila, k0 sedar tak ape yang k0 buat ni. kau tak rasa ape yang aku rasa mase zaman aku sebaya kau. aku pun penah lalui zaman kanak-kanak, zaman remaja macam kau. tapi kau tak sama dengan aku. kau tak rasa pegang 1 tanggungjawab berat. macam aku. kau lupa ke dila? masa mak sakit dulu sapa jaga makan minum kau? sapa sediakan pakaian kau? sape yang tolong kau bile nak exam? sape yang susah hati tak tido malam bile kau sakit? dan.. siapa yang basuh suar kecik kau tu?? kau lupa??

zaman kanak-kanak aku yang suck tu tak same dengan kau. kau bangun tido, takde fikir nak buat sarapan, nak masak untuk makan tengahari. tapi aku? kau tak rasa itu semua. dari kanak-kanak, kemana saja aku pergi, even nak pergi main kat padang dengan kawan2 aku kena seret troli bawak si kembar mase diorang kecik2 dulu. tapi kau bebaskan kluar foya-foya dengan kawan kau? ada kau igt si kembar? ada kau bawak si kembar gi mane2? penah tak aku halang? balik sekolah kena jaga adik, tukar pampers adik, buat susu, buat nestum adik, basuh lampin adik, segala-galanya tentang ADIK!! mmg aku fed up.. semua yang aku nak semua tak boleh sebab kena JAGA ADIK. sampaikan aktiviti petang aku terbatas semua gara-gara ADIK.

dan lagi satu, zaman aku remaja. aku tertekan sangat. tengok kawan-kawan happy. boleh buat group study, boleh kluar sama-sama. boleh itu boleh ini. tapi aku? tertekan sampai amik panadol 2 papan? kau dah lupa ke masa aku koma dulu..? kes aku terpaksa jadi mak kau kan? tiap-tiap hari. dah la aku nak pmr mase tu. kau sempat tak fikir pasal aku? tak sempat pun kan.. aku nak pegi camping, tak boleh. alasan? jage adik. tapi last-last adik aku buat aku mcm sampah. btol2 mcm sampah.
memang kau nampak aku tak pernah menangis masa krisis dulu, aku cuma taknak tunjuk pade kau. sebab aku taknak adik2 aku pun menangis sama. cukupla aku sorang je menangis. kalau kau tak caya kau tanya faiz, salleh, laili kawan aku zaman skolah dulu. tiap2 hari aku kat skolah mesti aku nangis dulu pagi2. fikirkan nasib adik2 aku, nasib keluarga aku.

memang kau lawa, memang kau cun, kau "laku" dari aku. aku akui tu semua. tapi bagi aku tu semua tak menjamin apa2. mungkin aku tak sempat bercouple kat skolah dulu macam kau kn? kau kate aku kolot? kau jgn fikir usia kau yang 14 tahun tu dah cukup besar. nanti pa per jadi kat kau sape susah. kau tak tau dunia. kau tak tau hati lelaki tu mcm binatang. kau tak tau. mungkin satu hari nanti kau akan tau. dunia ni bulat adikku. percayalah..

walaupun zaman tu semua dah berakhir. kau patut sedar siapa kau. aku tak pernah halang apa yang kau nak buat. cuma 1. fikirkan mak ayah. jangan sampai kau malukan diorang. sebab seteruk-teruk aku tak pernah malukan mak ayah aku. tak pernah. mase dulu, mase mak kite sakit, angah kite tu plak kene tahan polis, aku risau sangat. sampai aku tak tau nak kemana. aku menangis2 sampai aku jumpa budak2 hidu gam mlm2 kat padang. aku lepak sekali dengan diorg. aku tanya diorg kenapa diorg ambil gam. rupa-rupanya life diorg pun mcm aku. bermasalah. tapi bila aku fikir balik, ada lagi orang yg bermasalah, dan masalah diorg lagi besar dari aku. jadi kenapa aku tak boleh face masalah tu?? takkan aku pun nak ambil gam jugak? baru masalah selesai.. aku balik, aku solat. aku tenang. ada arwah nenek. sekurang-kurangnya aku tak rasa beban sangat kena jaga adik-adik.

sebusuk-busuk aku pun. tekanan mcmne pun, aku still da best kat skolah. result aku ok. aku tak malu dengan kawan2 aku. aku pun best student macam diorang kat skolah. muka aku terpampang dlm majalah skolah. disebalik tabir tu. diorang tak tau life aku paling gampang. keluarga aku paling tak semenggah. orang tak tau semua tu. dan kenapa aku mesti tunjuk? cukuplah aku share yang cantik itu. dan yang hodoh mesti la sorok kan? sebab orang takkan mau tau semua tu..



sorry la aku takkan mintak maaf sebab itu bukan salah aku. ok!

1 comment:

  1. moga hubungan anda dan adik akan baik2 yer, perkara biasa bila kakak kena sabar dgn karenah adik2...
    sy pun ada adik juga, and i know how it feel...

    jgn sedih2 dah nak raya ni =)

    selamat hari raya aidilfitri....

    ReplyDelete