Thursday, December 13, 2012

selamat tinggal kawanku

dear diary,


hari esok adalah last day aku kat Edubest Resources.. tak sangka diorg buat farewell utk aku.. sungguh baik hati bos.. aku tak pernah jmpe bos cina yang sebaik bos aku.. yang memahami setiap hati pekerja die.. yang sentiasa tak pernah abaikan setiap pekerja drpd pgkat paling tinggi sampai paling rendah macam aku ni..

tq bos.. tapi aku kene berhenti jugak.. perjalanan aku panjang lagi.. sebab aku dah dipinang ( ceewaah ) oleh    KKM.. keja baru aku skrg.. sbgai pembantu tadbir kewangan.. bkn lagi hr asst.. setahun lebih macam2 aku lalui kat sini.. yang mematangkan aku.. yang buat aku lebih sabar dgn kerenah orang.. kawan2 yang bkn stakat support aku.. tapi dah jadi macam adik beradik.. walaupun berlainan agama.

macam kat kilang sawit lembing pun aku lah org pertama juga yang di rai mase nak berenti.. mungkin nasib da mcmtu.. hahaha.. tapi aku tak mintak jugak.. diorg yang beria2 nak buat.. keje kat vishay melaka dulu pun siap ada hadiah lagi.. tapi apepun aku tak kisah.. mungkin diorg hargai ape yang aku buat selama ni..

aku cuma orang kecik je.. bkn kecik tp jawatan aje kecik dlm company ni.. so if aku takde pun diorg tak perasan pun tak mengape lah.. sebab bkn semua orang nampak kebaikkan yang kite buat.. yang penting aku buat ikhlas.

yang pasti sepanjang perjalanan aku ni.. aku akan sentiasa rindukan kak liza, shifa, vicky dan jessy.. sebab diorg byk bagi nasihat kat aku.. n ajarkan aku macam2.. bukan pasal keje saje.. tp juga pasal hidup.. terutama kak liza..

aku harap company ni akan dapat pkerja yg better dr aku ni..  esok tepat pukul 1 tghri aku dah di istiharkan sebagai pengganggur..

Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku.. semoga semuanya lebih baik di tempat baru nanti.. insyaAllah..

Wednesday, December 12, 2012

aku kembali

kisah lame usah di kenang..
 kini aku kembali lagi dengan diary buruk bersarang ni..
 sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah..
 Dia yang menjanjikan jalan yang terbaik untuk aku tempuh dalam dunia ni.. setelah setahun aku menghilang.. azam baru tahun baru tekad baru (pakwe baru) eh.. silap..
 yer.. aku miza? tapi aku bkn yg lemah mcm dulu..
 lebih lebih kuat dari yang kuat dulu tu.. cume aku perlu masa untuk set kan goal hidup aku..
 supaya aku tak terjerumus lagi dengan anasir2 yang merosakkan masa depan aku..
 aku cume mampu berdoa, bila jodoh itu datang nanti..
biarlah ia kekal sampai akhir nafas aku..

Wednesday, November 24, 2010

cerita tak sedih

dear diary,

selama ni aku asyik cerita sedih2 ke kat dalam diary ni.. tapi kali ni aku taknak cerita sedih lagi.. :) aku nak cuba jadi seorang yang happy dan ceria walaupun masalah tu selalu datang. aku nak hadapi semuanya dengan senyuman :)

sebulan pasti sekali aku update. sebenarnya aku tak tahu nak taip apa and nak mula dari mana cerita aku ni. aku bukan penulis handal macam zackzukhairi. cerita dan setiap entry membuat orang terpukau. aku tak kreatif macam die. aku dah tak tahu nak taip apa. pasal cerita yang aku rasa nak cerita pasti aku akan bercerita.

tak lama lagi finie house mate aku dah nak berhenti kerja. dia dapat kerja kat terengganu. aku cume boleh wish all the best kat die. sedangkn aku masih di sini.
tapi bukan langkah aku terhenti tanpa dia. walaupun tinggal kat rumah kuaters tu sorang2 dengan macam2 cerita horror yang aku dengar. aku masih kuat lagi tinggal sendiri. aku tak takut, bukan aku berani sangat. tapi kalau kite takut, syaitan tu lagi berani. walaupun dalam otak ni terbayang macam2 masa tinggal sendiri.. 4 puteri dengan hulu balang. macam yang abah die selalu cerita. ah.. asalkn "mereka" tak ganggu hidup aku pun dah cukup baik.

aku tak sabar nak menanti 29hb. mungkin aku juga akan tinggalkan tempat ni dan berhijrah ke tempat lain.

dalam kekalutan aku yang tension dengan kerja yang ntah ape2 ni, tapi aku masih mampu bersabar walaupun boss aku maki aku. aku anggap tu sebagai 1 cabaran. ade ke orang sanggup kene maki?? tapi aku tak kisah la.. die dah tua..da tak lame lagi hidup, aku bagi chance la kat dia. tapi bos aku memang bagus, walau die dah maki aku..time hari raya aku kerja sorang2 die sanggup datang hantarkan makanan yang isteri die masak untuk aku. die tak pernah marah pun kalau aku bawak adik2 aku datang office dan main2 dalam office. aku bersyukur sangat die tak pernah marah adik2 aku yang nakal main barang2 dlm office. cayalah pakcik!

rentetan cerita lepas kene marah dgn boss

rabu : kene marah-malam-beli tiket-ktn-temerloh-rumah laili (best frend aku)

khamis : kul 11-sampai umah ely-sumbat di rumah sbb ely keje-mlm-karoke

jumaat : jalan2 tmeloh-ayah call-tutup tepon-adik aku kasi kantoi aku g temeloh! damn- ayah cari sampai sungai lembing-membe cover-kate aku mc-ke kuantan

sabtu : balik umah-bagi bende2 haram jadah* yang ayah,mak,makcik,pakcik,segala nenek moyang aku cari nak mende haram jadah tu*

ahad : aku balik sg lembing lepas bagi haram jadah tu kat ayah aku

p/s : haram jadah yang dimaksudkan di sini adalah aku punye payslip gaji dan epf tu semua mak mintak dengan aku suruh fax untuk loan beli rumah kat melaka.

sebab aku panggil bende tu haram jadah kerana ianya menyusahkn hidup aku. pihak bank berkali2 call aku, semua tanya aku bende yg same jer. mak aku plak beria-ria nak beli rumah kat melaka. suruh aku guaranto. kalau dah die tak bayar mesti nnti nama aku plak yang blacklist. die tak peduli ke haku mampus sorang2 ke kat rumah kuaters ke.. aku hidup ke aku mati ke.. aku sorang2!

mase tu plak aku datang period 2 minggu tak berhenti. lagi la aku rasa nak maki je semua yang aku rasa tak betol (aku je lah betul nye mase tu)

sekarang rasa dah ok sikit la.. alhamdulillah..
lepas aku baca buku "penenang jiwa" karya imam al ghazali.. baru la aku rasa berakal.
kalau tak mase ahad yang aku belum ade akal tu aku dah baling hp aku sebab geram dengan ayah aku. die call aku 17 kali aku tengah kerja. aku dah cakap nanti aku call die balik tapi die degil n still call aku.. aku pun ape lagi... xsedar mase bile hp aku tu terbang!

sekarang ade tepon baru la bai :"> baru beli.. lepas ni taknak baling2 dah.. sayang..

Wednesday, October 27, 2010

janji lagi janji lagi

dear diary,


entah kenapa walaupun ada dia tapi aku tetap rasa seperti dulu.. macam biasa jer.. tak ada apa2 perubahan pun. mungkin aku terlalu memilih. aku susah nak terima bila lelaki tu tak bekerja. jadi muak dengan janji dulu. haiisshh.. puas aku pujuk2 hati nih.."sabarlah..nnti ada la tu...belum rezeki lg" tapi sampai bila? dia yg tak bekerja tapi aku yang risau..

mungkin aku boleh terima dia sebab dia yang selalu ada masa aku susah dan datang membantu aku. bukan hati ni dah tawar tapi.. awk tolong la cari kerja.. awak tu lelaki. berbuih mulut ni sebut benda sama jer.

die kata taknak lepaskan aku kalau aku dapat kerja jauh2, suka atau tidak aku tetap akan pergi sebab dia bukan suami aku. kenapa aku mesti ikut cakap dia? sebab sayang? sayang tu bukan leh bagi makan kat kite lah. die tak pernah fikir masa depan, berbeza dengan aku yang setiap saat sentiasa memikirkan masa depan dan apa yang bakal jadi. sekali tersilap langkah menyesal seumur hidup. sebab tu aku pilih buat betul kali pertama.

bukan aku menyesal pilih dia.. tapi kadang2 hati ni berkata-kata sendiri. kenapa aku mesti pilih lelaki yang macam dia?? sedangkan dia tak ada apa2. memang bukan harta yang aku pandang, bukan rupa, tapi hati.. seandainya aku kawin dengan dia, die tak bekerja aku plak bekerja. bukan kah itu akan menjadi punca pergaduhan dan akhirnya penyelesaian nye mudah je? dah pasti penceraian. aku tak nak jadi macam tu. aku nak kekal sampai akhir hayat.

setiap apa pun yang kita buat mesti bermula dari bawah. sebabtu aku nak die belajar berdikari, bermula dari bawah.. then baru lah melihat ke atas.

Aku tak sempurna, cuma dengan akal yang sedikit ni aku mahu bimbing dia. aku sanggup tunggu puluhan tahun pun andai die sanggup berusaha untuk majukan diri dia.

Saturday, September 18, 2010

sekadar berkongsi cerita

dear diary,


semakin lama aku bekerja, semakin malas pulak aku nak fikirkan soal belajar lagi. kerja pun belajar juga. jadi aku tak risau. memanglah ramai orang cakap rugi sebab aku tak sambung belajar, tapi aku mesti yakinkan diorang yang orang yang berlajar tahap ni pun boleh berjaya. aku takkan putus semangat.


masih belajar, belajar dan belajar lagi. walaupun bukan di sekolah atau kolej. tapi aku tetap belajar. belajar dari pengalaman.

kini, segalanya aku dah leraikan. aku dah tak sanggup lagi menderita. jadi aku pilih jalan yang terbaik. supaya orang yang tak penting dalam hidup aku boleh terus luput. cuma dengan tukar no fon saje. macam magic! automatic semua yang cari aku takkan dapat jejaki aku lagi. biar aku bawa diri sendiri.

orang kata aku merajuk. memang aku merajuk. orang kata aku nak bersendirian, sekarang memang aku sendiri. tapi aku genbira dengan hidup aku sekarang walaupun kadang2 terasa sunyi yang amat. cuma pulang ke rumah sekali sekala yang buat aku tak sunyi lagi. Tuhan bimbing lah aku.


sedih sangat bila terdengar lagu rossa - takdir cinta.

Saturday, August 28, 2010

Laskar Pelangi

dear diary,

hancur...hancur bertambah sengsara bila aku dapat tau orang yang aku tunggu rupa-rupanya dah bertunang. tapi aku masih mampu nak sembunyikan kesedihan aku. mak tau.. tapi aku pura2 kuat. walaupun dalam hati ni menangis.
ini balasan kau pada aku? tak pe, semoga kau dapat balik apa yang kau beri pada aku.

kisah lama kalau di kenang makin sakit hati kan? so watpe dikenang. aku cuba.. cuba nak lupakan dia dari hidup aku. sedikit demi sedikit. tapi sakit tu masih ada. berapa banyak tapi da....

semenjak aku mula berpindah daripada Melaka, aku langsung tak ada masa nak menulis lagi. masa aku dah semakin terisi dengan kerja2 ofis yang berlambak-lambak.
kisah sedih aku tak akan pernah habis selagi aku hidup. tapi bukan bermakna kisah gembira aku tak pernah datang dalam hidup aku..

walaupun hidup aku begini, sakit dan terus disakiti, aku masih mampu tersenyum sebab ada mak dengan adik2. mereka semua yang bagi aku semangat lagi. sejujurnya aku memang sangat benci dengan yang nama nya lelaki. aku bosan dengan janji yang selalu dimungkiri, sayang sayang tak ada maknya nya lagi bagi aku.

ape yang penting bagi aku sekarang ni nak bagi kesenangan pada mak aku, walaupun aku yang susah. niat aku sekarang cuma nak membalas dendam pada manusia-manusia yang selalu menindas kaum perempuan. cukup lah selama ni aku mengalah dan aku tak akan mengalah lagi.

aku pun semakin menjauh dari dunia khayalan, dunia yg penuh dgn penipuan. dunia chat.. semua tu tak menjamin apa2 bagi aku sekarang ni. kesabaran aku dah tak bersisa lagi. sayang aku cuma untuk Tuhan aku, Rasul aku.. dan keluarga aku SAHAJA.



aku dah serik dengan CINTA. biarkan aku hidup tanpa 'CINTA' yang 'MEMBUNUH' aku..



p/s : mungkin post kali ni tiada kaitan dengan tittle.

Monday, June 28, 2010

selalu mengalah

dear diary,

aku amat merinduimu. walaupun hati aku terlalu malas untuk memulakan coretan bodoh ini. segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. walaupun selalu ada kawan-kawan yang bersama aku tapi aku masih rasa keseorangan dan tersisih. aku tak pasti kenapa jadi begini.

ayah, kenapa kau tak pernah faham aku? aku tak mintak apa-apa dari ayah. cuma aku minta ayah tolong jangan perkecilkan aku dan beri lah sedikit sokongan pada aku ni. sebenarnya aku selalu kecil hati dengan ayah. kawan-kawan cakap apa yang ayah buat tu untuk naikkan semangat aku. tapi die ayah aku.. aku sayang ayah. tapi kenapa aku tak rasa bahagia seorang anak yang disayangi ayah.? segala apa yang ayah suruh aku buat tanpa banyak soal. tapi kenapa ayah sikit pun tak hargai aku? kenapa? aku anak siapa sebenarnya....


hari2 fb..hari2 fb.. ada apa dengan fb aku pun taktau. sekadar mencari teman2 lama yang dah lost contact. semakin hari aku rasakan yang aku dah malas lagi. semakin malas dan malas... bila ayah langsung tak pedulikan aku. baru beberapa hari aku balik dari melaka ayah dah suruh cari kerja. aku faham ayah.. memang aku tengah usaha ni.. sabar lah sikit ayah.. ehhh..ayah marah aku lalu brodband di hempas, supaya aku tak dapat online lagi. tak apa.. aku tak kisah pun ayah, aku boleh beli lagi. mungkin aku patut keluar dari rumah ini lagi, pergi jauh dari family, dari saudara yang menganggap aku ni cuma anjing tersepit. aku sedar siapa aku.


memang betul kata ril, sekurang-kurangnya awak masih ada ayah. tapi ril.. bagi aku lebih baik tak ada dari ada yang macam ayah aku ni..maaf ayah..aku memang terlebih. tapi ayah lagi terlebih sebab buat arwah atok macamtu.mungkin aku jadi begini juga sebab ayah. tapi takpe lah.. ayah cuma 1..

zura?? nak ape la sepupu aku ni.. tibe2 je msg aku mintak no fon jantan.

tak kuasa aku nak melayan.


bila lah aku nak dapat kerja ni. 1 pun belum panggil inteview lagi. tak lama lagi nak puasa dah lepas tu raya. raya ni memang aku takkan balik kampung lagi. aku dah cukup sakit dengan adik-beradik mak aku buat kat aku. selama ni aku tahan sebab aku kesian kat mak aku. aku taknak kerana aku die adik beradik berpecah belah. tapi maaf kali ni memang aku tak tertahan lagi. aku dah tak sanggup pendam semua ni lagi.biarlah aku keluar dan kalau aku datang melaka nanti pun aku takkan cari diorg lagi. biarlah orang nak kata aku ni kacang lupakan kulit atau apa2. aku dah serik dipermainkan saudara sendiri ni. dalam hidup aku dah tak ada erti saudara lagi.


mujur masih ada kawan2 yang mengerti perasaan aku. sanggup berkongsi suka duka dengan aku. aku tak kisah. selagi orang masih mahu berkawan dengan aku, aku tetap akan kawan dengan diorg sampai bila2. tapi kawan2 yang nak jiwang2 memang aku lemah sikit.. masalahnya aku tak sedia lagi... single is the best..


badan aku sakit sebab demam ni, udah dulu ya diary. nanti aku tulis lagi~