Sunday, September 6, 2009

hampir tewas

dear diary,

hari ni aku dah boleh puasa semula. taklah aku jeles lagi sama mak, dila, adik dan abg. si anjing kurap dgn ayah je tak pose. takpe.lantak mereka la. dosa mereka tanggung. bak kate ayah, kubur lain2.

kadang2 aku malu nak berhadapan dengan kawan2, kawan2 yang tahu sape diri aku sebenar. kawan2 yang tahu siapa ayah aku. aku malu* ayah aku tak sama macam ayah orang lain. ayah orang lain pegi surau balik surau, terawih, sahur, berbuka, stay dengan family kat rumah. mungkin sebab duit. money is everything, tapi duit tak boleh beli kasih sayang keluarga. duit juga tak menjanjikan syurga di akhirat kelak. bukan ke amal kite lebih penting. ayah pun pandai kate, duit tak bawak mati, aku bukan keje menongkat langit. so?? kenapa masih degil nak ingkar lagi dengan suruhanNya walaupun usia dah menjangkau begitu.

betul kata makcik sukila sepupu mak. lepas umur 40 Tuhan masih bagi peluang. kalau die tak taubat jugak sampai umur 70 tuhan akan pakaikan topeng babi kat muka dia dan dicop ahli neraka. masa tu lah binatang2 yang akan nampak muka dia, dan akan lari selepas tgk muka dia. mase tu muka dah kene seal habis, pintu hati dah tertutup serapatnya dan tak akan kembali ke pangkal jalan lagi. WALLAHUALAM...

walaumacamtu, aib tu mesti ditutup. sebab dia masih keluarga aku dan tak pernah lalai dalam memberi nafkah. aku cuma berdoa satu hari Tuhan tunjukkan jalan untuknya berubah.

mood ok. hari ni wat kuih crystal ball.. sedap kuih, tapi aku tinggal sebab nak jumpa dia. dia pulak tak puasa. sebenarnya aku risau jugak. sebab dia macam nak sorokkan penyakit dia. aku tahu dia tak sihat, dia sakit. takpe.. tunggu masa yang tentukan. aku malas nak soal bertubi-tubi lagi. cukuplah.
seronok sangat. pantai cherating tu jadi saksi kita. walaupun takde bulan. takde bintang. awk tetap cool jer. saya suka awak. jangan.. aku tak boleh tewas lagi. aku masih perlu mengenali dia dulu.

rasa tenang sangat bila ada dia. tapi kenapa aku rasa sedih bila nak berpisah dari dia? damn!! jangan jadi bodoh la. tak mungkin dia rasa yang sama juga. sampai masa aku ditinggal lagi. menangis lagi, frust lagi, tak keruan lagi.

tapi??? dia macam sama. dia kata dia pun tak mampu tak menanggung seksa bila aku jauh dari dia. maknanya dia rindu aku la.. tapi macammana aku nak yakin kan diri aku?? yang dia bukan macam yang lepas2..

aku minta dia, beri aku masa. dia patuh.

online di pagi hari ni rasa tenang jer jiwa. bangun subuh hari. dengar orang mengaji, azan. rasa rindu kat arwah nenek. cadang raya ni nak pergi kubur, taktau lah raya balik jb ke tak. rasa raya ni nak pegi kubur arwah Umi.. dah lama tak jenguk dia kat sana. kerap kali aku mimpi mereka ni. mungkin aku tak lagi sedekah untuk mereka. maafkan aku... aku kotor.


tinggal dulu. nak gi keje dah!

2 comments:

  1. Maaf tanye, ni cite benar yg anda lalui? Pak Caq tak berapa nak faham sgt. Byk sangat bloggers suke-suke bercerite. If yes, Pak Caq nasihatkan bawalah berastaghfar banyak2, dekatkan diri dgn Allah, doakan yg baik utk semua. Buatlah dgn yakin n penuh mengharap. Insya Allah akan baik.

    ReplyDelete
  2. yups...btl tu... di bulan yang mulia ini.. bykan berdoa... mintak le apa sahaja pada ALLAH... insya ALLAH.. akan diperkenankan.. tp mintak le yg baik2.....

    ReplyDelete