Sunday, September 27, 2009

hati ingin berbicara

dear diary,

aku kembali mencarimu tika aku sunyi, tika tiada siapapun mahu temani aku saat ini. tika tiada siapa pun mahu cari aku lagi. sunggoh bosan.

kadang2 aku tertanya-tanya. kenapa aku dilahirkan dlm keluarga yg tak best mcmni. tp aku masih bersyukur sebab aku masih punya family.. bayangkan kalau semuanya tiada. mcmne aku mau hidup?
semalam adalah saat indah yang tak mungkin aku lupakan.
jumpa & berkumpul dengan kawan-kawan lama. smk pandan dulu. dan member dari aku skolah cina pun ade skali. best.. kami jalan-jalan sama-sama
kami gurau senda sama-sama
kami pergi sama-sama
kami balik sama-sama

sedih bila terpaksa berpisah dgn diorg. yang student terpaksa balik kolej dah. yg bekerja pun terpaksa pulang ke tmpat mereka jugak. tinggal aku sendiri lagi dan lagi dan lagi.

selamat hari raya.

rindu sama kawan-kawan.

sekarang saya berani kata, saya betul2 single. betul-betul. 100%.
sebab tiada siapa mau kan saya. hahahahaha...

dan saya pun tak mau kan mereka!

sedih.
selamat tinggal stremyx-

celcom berukband pulak yang ayah aku pilih. bile la nk upgrade? lembab gle..!

selamat tinggal kawan-kawan ku semua. aku sentiasa merindui kamu semua. cun lah..! nanti cuti sem jumpa aku lagi ok?!

semalam- ayah dah bagi greenlight kat aku. suruh study. entah kenapa aku terasa semacam virus malas dah melekat pada aku. aku rasa aku dah takmau study lg. dulu aku beriya-riya nak study ayah tak bagi. skrg bila hati-aku-sudah-tawar. mase tu lah nak aku study balik. damn!

aku selalu mcmni.. selalu sangat. tak tetap pendirian.

dulu mase org kejar aku. aku wat taktau jer.. skrg bila die dah tak kejar aku? mase tu la aku sebok2 nak kejar dia.. last2 mmg aku tau.. die tak mungkin kejar aku lagi. sebab? dia dah kejar yang lain, dah dikejar yang lain.

ape nak buat... melepas lah..!?
semuanya tak guna.

hati aku cpt berubah.

cukup setakat ini, aku nak kembali ke dunia aku. kawan-kawan aku pun dah kembali pada dunia mereka. dunia yang penuh harapan. harapan semoga hari esok aku lebih cerah dari hari ini.

Wednesday, September 16, 2009

aku kakak, kau adik

dear diary,

sungguh malang nasib mu diary kena mengadap aku di pagi hari. sebenarnya memanglah.. aku rasa dalam dunia ni aku lah kakak paling malang. semakin hari aku di pijak2. diorang dah tak hormat aku lagi.

untuk adik tersayang, pagi tadi aku gaduh dengan dila, adik perempuan aku yang sorang tu. aku dah lama geram tapi tak terlepas kat dia. sebab aku tak mampu nak marah dia. hati aku sakit sangat. sebagai kakak aku dapat rasakan yang dia seolah-olah dengki dengan aku. aku mengaku memang mak dengan ayah selalu lebihkan aku. tapi ada sebab. sebab diorang percaya aku. bukan aku tak pernah kena marah pun. aku lagi berganda-ganda-ganda kena marah dulu2 mase kecil sebab aku mmg anak yang nakal.

dila, k0 sedar tak ape yang k0 buat ni. kau tak rasa ape yang aku rasa mase zaman aku sebaya kau. aku pun penah lalui zaman kanak-kanak, zaman remaja macam kau. tapi kau tak sama dengan aku. kau tak rasa pegang 1 tanggungjawab berat. macam aku. kau lupa ke dila? masa mak sakit dulu sapa jaga makan minum kau? sapa sediakan pakaian kau? sape yang tolong kau bile nak exam? sape yang susah hati tak tido malam bile kau sakit? dan.. siapa yang basuh suar kecik kau tu?? kau lupa??

zaman kanak-kanak aku yang suck tu tak same dengan kau. kau bangun tido, takde fikir nak buat sarapan, nak masak untuk makan tengahari. tapi aku? kau tak rasa itu semua. dari kanak-kanak, kemana saja aku pergi, even nak pergi main kat padang dengan kawan2 aku kena seret troli bawak si kembar mase diorang kecik2 dulu. tapi kau bebaskan kluar foya-foya dengan kawan kau? ada kau igt si kembar? ada kau bawak si kembar gi mane2? penah tak aku halang? balik sekolah kena jaga adik, tukar pampers adik, buat susu, buat nestum adik, basuh lampin adik, segala-galanya tentang ADIK!! mmg aku fed up.. semua yang aku nak semua tak boleh sebab kena JAGA ADIK. sampaikan aktiviti petang aku terbatas semua gara-gara ADIK.

dan lagi satu, zaman aku remaja. aku tertekan sangat. tengok kawan-kawan happy. boleh buat group study, boleh kluar sama-sama. boleh itu boleh ini. tapi aku? tertekan sampai amik panadol 2 papan? kau dah lupa ke masa aku koma dulu..? kes aku terpaksa jadi mak kau kan? tiap-tiap hari. dah la aku nak pmr mase tu. kau sempat tak fikir pasal aku? tak sempat pun kan.. aku nak pegi camping, tak boleh. alasan? jage adik. tapi last-last adik aku buat aku mcm sampah. btol2 mcm sampah.
memang kau nampak aku tak pernah menangis masa krisis dulu, aku cuma taknak tunjuk pade kau. sebab aku taknak adik2 aku pun menangis sama. cukupla aku sorang je menangis. kalau kau tak caya kau tanya faiz, salleh, laili kawan aku zaman skolah dulu. tiap2 hari aku kat skolah mesti aku nangis dulu pagi2. fikirkan nasib adik2 aku, nasib keluarga aku.

memang kau lawa, memang kau cun, kau "laku" dari aku. aku akui tu semua. tapi bagi aku tu semua tak menjamin apa2. mungkin aku tak sempat bercouple kat skolah dulu macam kau kn? kau kate aku kolot? kau jgn fikir usia kau yang 14 tahun tu dah cukup besar. nanti pa per jadi kat kau sape susah. kau tak tau dunia. kau tak tau hati lelaki tu mcm binatang. kau tak tau. mungkin satu hari nanti kau akan tau. dunia ni bulat adikku. percayalah..

walaupun zaman tu semua dah berakhir. kau patut sedar siapa kau. aku tak pernah halang apa yang kau nak buat. cuma 1. fikirkan mak ayah. jangan sampai kau malukan diorang. sebab seteruk-teruk aku tak pernah malukan mak ayah aku. tak pernah. mase dulu, mase mak kite sakit, angah kite tu plak kene tahan polis, aku risau sangat. sampai aku tak tau nak kemana. aku menangis2 sampai aku jumpa budak2 hidu gam mlm2 kat padang. aku lepak sekali dengan diorg. aku tanya diorg kenapa diorg ambil gam. rupa-rupanya life diorg pun mcm aku. bermasalah. tapi bila aku fikir balik, ada lagi orang yg bermasalah, dan masalah diorg lagi besar dari aku. jadi kenapa aku tak boleh face masalah tu?? takkan aku pun nak ambil gam jugak? baru masalah selesai.. aku balik, aku solat. aku tenang. ada arwah nenek. sekurang-kurangnya aku tak rasa beban sangat kena jaga adik-adik.

sebusuk-busuk aku pun. tekanan mcmne pun, aku still da best kat skolah. result aku ok. aku tak malu dengan kawan2 aku. aku pun best student macam diorang kat skolah. muka aku terpampang dlm majalah skolah. disebalik tabir tu. diorang tak tau life aku paling gampang. keluarga aku paling tak semenggah. orang tak tau semua tu. dan kenapa aku mesti tunjuk? cukuplah aku share yang cantik itu. dan yang hodoh mesti la sorok kan? sebab orang takkan mau tau semua tu..



sorry la aku takkan mintak maaf sebab itu bukan salah aku. ok!

Saturday, September 12, 2009

can you still see the heart of me?

I'm dying to catch my breath
Oh why don't i ever learn
I've lost all my trust though i've surely tried to
Turn it around

Can you still see the heart of me?
All my agony fades away
When you hold me in your embrace

Don't tear me down
For all i need
Make my heart a better place
Give me something I can believe
Don't tear me down
You've opened the door now
Don't let it close

I'm here on the edge again
I wish I could let it go
I know that I'm only one step away
From turning around

Can you still see the heart of me?
All my agony fades away
When you hold me in your embrace

Don't tear me down
For all i need
Make my heart a better place
Give me something I can believe
Don't tear it down
What's left of me
Make my heart a better place

I've tried many times but nothing was real
Make it fade away
Don't break me down
I want to believe that this is for real
Save me from my fear
Don't tear me down

Don't tear me down
For all i need
Make my heart a better place

Don't tear me down
For all i need
Make my heart a better place
Give me something i can believe
Don't tear it down
What's left of me
Make my heart a better place




touching gile pas dgr lagu ni.. terasa sayu jer.. voice pun ok. within temptation. lewat mlm ni, tapi cuma aku masih berjaga. sungguh sesak rasa. di buru orang ni, jadi macam pelarian lah pulak.

apa kabar dia kat sana? mesti tgh seronok menonton bola. semangat MU kn..

tak banyak yang aku buat hari ni. baru lepas wat biskut samperit kegemaran mak. adik kata biskut gebu, mcm aku. hahaha.. aku lak bkn makin gebu tapi makin gemuk, tembam, berisi dan sebagainya.
yerp..mesti igt pesan amir, tak bagi minum ais, aku dah ketagih ais.. ais aku kunyah macam nasi. makan pulak suka tambah garam, mak masak semuanya tawar. ape nak jadi la aku ni.


yahoo mmg suck. ape aku nak buat bile tak dapat ym? bayangkan lah..



yeah tu dia. hasil kreativiti aku.
dasar goblok!!

time time ni lah nak wat hal.. hish.. geram tol aku

nak tido plak bising bunyi orang main meriam buluh. adoiyai... nasib..

Friday, September 11, 2009

tak boleh blah

dear diary,


pagi ni aku asyik layan lagi jiwang sedih2 je.. rasa rindu sangat kat ros, dah 3 hari die tak datang keje. mane taK nyer.. ros la yang ajar aku layan lagu jiwang2 gitu. byk lagu2 jiwang yg aku tau dari die. aku plak tak abih2 koya indie. aku ni mule la tak tentu arah bile takde kawan. bosan sangat.

tadi pegi ikut shopping baju si kembar dgn dila. bowrink gak lah. aku beli t-shirt sehelai je. maybe aku masih belum datang lagi mood raya. raya ni pun aku malas nak balik kampung, malas nak jmpe sedara-mara, malas nak berjalan jauh sangat, malas* semuanya malas. tapi taklah sampai malas mandi.

rasa rindu sangat.. tapi taktau kat sapa. aku memang perlukan seseorang untuk jadi pendengar aku. tapi siapa?? siapa nak dengar rintihan aku ni? pasti yang dengar pun habis-habis akan cakap, lupakan masalah & enjoy ur life . itu jer.. erk.. bukan itu yang aku mau. aku jadi keliru dengan diri sendiri.

nak atau taknak.
baik atau buruk.
lambat atau cepat.
suka atau benci.
gembira atau duka.
semua nya terletak pada aku. tapi jawapan tu belum pasti lagi.
seolah2 tanda tanya yang masih tak jumpa jawapan yang muktamad sama ada perlukan noktah atau tidak. atau ayat yang masih perlu diteruskan tanpa henti.

aku tak mampu nak tanggung semua ni. bagi aku semuanya malam tanpa siang lagi. sempit tanpa lapang lagi. semuanya tak lengkap.

aku meniti hari-hari aku macam ni lah.. tanpa matlamat. damn! sakit lagi sakit lagi..

"antara cinta & keinginan untuk memiliki itu beda..."

sungguh betul, cinta tak semestinya memiliki. tak harus dibuktikan dengan memiliki seluruhnya. bukan maksud memiliki segalanya. ntah.. aku pun pening.

bebal sungguh aku ni.

2 hari OT rs mcm nak mati. kalau mati aku tolonglah tanam sbelah kubur Umi...

bukak myspace, tagged, berduyun2 komen & mesej yg tah ape2. semua nak burit! malas aku layan. aku tau la..
biar diorg marah aku tak balas komen & mesej. aku peduli ape?

alahai.. kerja kerja.. bila nak dapat kerja ni.
sumpah aku benti on the spot.. menyampah keje ni.. 16 jam sehari. katak pun blh mati.
tapi nak taknak aku paksa diri aku jugak sebab tak larat dgr mak ayah aku bising.

tu la.. sape suh.. aku nak blajar tak bagi..
tp aku tak kisah.. mungkin ada hikmah semua ni..

terasa macam puasa tanpa raya. kan seronok kalau 1bln lagi leh puasa. means dapat bulan puasa ni. boleh berbuka sama-sama. sahur sama-sama.


keep climbing..!! yeah yeah...

Sunday, September 6, 2009

hampir tewas

dear diary,

hari ni aku dah boleh puasa semula. taklah aku jeles lagi sama mak, dila, adik dan abg. si anjing kurap dgn ayah je tak pose. takpe.lantak mereka la. dosa mereka tanggung. bak kate ayah, kubur lain2.

kadang2 aku malu nak berhadapan dengan kawan2, kawan2 yang tahu sape diri aku sebenar. kawan2 yang tahu siapa ayah aku. aku malu* ayah aku tak sama macam ayah orang lain. ayah orang lain pegi surau balik surau, terawih, sahur, berbuka, stay dengan family kat rumah. mungkin sebab duit. money is everything, tapi duit tak boleh beli kasih sayang keluarga. duit juga tak menjanjikan syurga di akhirat kelak. bukan ke amal kite lebih penting. ayah pun pandai kate, duit tak bawak mati, aku bukan keje menongkat langit. so?? kenapa masih degil nak ingkar lagi dengan suruhanNya walaupun usia dah menjangkau begitu.

betul kata makcik sukila sepupu mak. lepas umur 40 Tuhan masih bagi peluang. kalau die tak taubat jugak sampai umur 70 tuhan akan pakaikan topeng babi kat muka dia dan dicop ahli neraka. masa tu lah binatang2 yang akan nampak muka dia, dan akan lari selepas tgk muka dia. mase tu muka dah kene seal habis, pintu hati dah tertutup serapatnya dan tak akan kembali ke pangkal jalan lagi. WALLAHUALAM...

walaumacamtu, aib tu mesti ditutup. sebab dia masih keluarga aku dan tak pernah lalai dalam memberi nafkah. aku cuma berdoa satu hari Tuhan tunjukkan jalan untuknya berubah.

mood ok. hari ni wat kuih crystal ball.. sedap kuih, tapi aku tinggal sebab nak jumpa dia. dia pulak tak puasa. sebenarnya aku risau jugak. sebab dia macam nak sorokkan penyakit dia. aku tahu dia tak sihat, dia sakit. takpe.. tunggu masa yang tentukan. aku malas nak soal bertubi-tubi lagi. cukuplah.
seronok sangat. pantai cherating tu jadi saksi kita. walaupun takde bulan. takde bintang. awk tetap cool jer. saya suka awak. jangan.. aku tak boleh tewas lagi. aku masih perlu mengenali dia dulu.

rasa tenang sangat bila ada dia. tapi kenapa aku rasa sedih bila nak berpisah dari dia? damn!! jangan jadi bodoh la. tak mungkin dia rasa yang sama juga. sampai masa aku ditinggal lagi. menangis lagi, frust lagi, tak keruan lagi.

tapi??? dia macam sama. dia kata dia pun tak mampu tak menanggung seksa bila aku jauh dari dia. maknanya dia rindu aku la.. tapi macammana aku nak yakin kan diri aku?? yang dia bukan macam yang lepas2..

aku minta dia, beri aku masa. dia patuh.

online di pagi hari ni rasa tenang jer jiwa. bangun subuh hari. dengar orang mengaji, azan. rasa rindu kat arwah nenek. cadang raya ni nak pergi kubur, taktau lah raya balik jb ke tak. rasa raya ni nak pegi kubur arwah Umi.. dah lama tak jenguk dia kat sana. kerap kali aku mimpi mereka ni. mungkin aku tak lagi sedekah untuk mereka. maafkan aku... aku kotor.


tinggal dulu. nak gi keje dah!

Saturday, September 5, 2009

bengang tak jadi

dear diary,

ok ok.. fokus aku hari ni. aku amatlah bengang dgn k.syila. aku dah janji yang aku nak pegi chini hari ni, pagi ni. dgn ezra. tapi... gggggggggrrhh.. kul 5 pagi aku terima msg die. suh aku datang minggu depan..

adoiyai.. aku pun tatau ape yang die fikir dlm otaknya. sedangkan slama ni bila nampak je muka aku asik tanya bila aku nak pegi chini. then bila aku dah ready die plak wat hal. aku bkn per.. aku rindu suasana kampung.. sbb tu aku teringin nak pegi chini. aku dah lame tak balik kampung kat jb tu. kampung kat negeri 9 pun dah tak macam kampung lg.

lepas ni jangan harap aku nak terima pelawaan die lagi. nak tak nak pun aku cuma pegi mase kak Ja kawin nanti jer. ros kate takper.. suruh pegi umah die kat kuala pahang. wtf! bkn aku takmo.. macam la aku takde rumah. nak ke sana ke sini. merajuk sebab tak dapat gi chini. sory ekk! baik gi shopping kat mega ke ec mall better..

aku boring sangat.

amir msg ckp die nak buka puasa dgn family kat hotel*.. cet tanye aku best ke tak.. wtf. mmg la aku tak penah berbuka bersama family kat luar.. selalu aku berbuka kat luar dgn kawan2 jer.. tp mmg fak gile ayat die

"best tak?"
"mane sy tahu"
"igtkn awk tau"

ape maksud die?? oh ok.. aku tau.. maksudnye mcm aku tak penah berbuka kat hotel la kn??
mcm la aku heran berbuka kat hotel tu.. berpuasa biar la ala kadar. setakat nak bayar buffet rm45 sekepala mmg rugi. mkn kfc pun best. aku tak heran langsung.

bulan ramadhan patutnye kurangkan juadah. tapi lebihkan ibadah. tak gitu??

lepas die msg trus aku moody. bengang dgn cara dia tu. seolah-olah nak action kamen dgn aku.
cuma ros la tmpt aku ngadu naseb..

hari ni mmg serba tak kena.

planning aku hari ni semua hancus.. ezra ajak berbuka sama pun aku mls. mls dan takde mood.
lepas ni nak wat ape aku taktau. rs mcm nak wat taik mate pas maghrib ni.

Friday, September 4, 2009

kangen deh

dear diary,


sudah berapa ari aku tak dpt menaip. wah.. gegel siot.. rasa mcm addict jer.. mcm2 nk tulis dari kemarin, semalam sampai hari ni. nasib lah keje jer.. dah si anjing kurap guna pc. sbb pe aku panggil die anjing kurap? sebab die mmg takde guna bagi aku lagi. die sape? adik aku.. mesti orang kata aku jahat sbb kate adik sndiri mcmtu. tapi hakikatnye die yang wat aku ni macam anjing. bukan kakak die. bukan setakat aku. tapi mak, ayah dan adik2 aku.

die tak layak jadi adik aku.

konon2 aku pertahankn la.. kate kat orang. die ni bagus, blajar kt ilp, amek course mekanik industri. ceh poooorrah.. habuk pun takdak. selalu ponteng kelas smpai kene gantung. then paper semua failed. dahtu skrg ni practikal. katenye takde project. dok lah makan tido kt umah. buang beras jer..ape nak jadi? dah la lelaki. blum kasi makan mak aku lagi dah berani membentak2.. mcm lah die bagi makan. marah aku takpe, jgn marah mak aku. pukul aku takpe, jgn pukul mak aku. syurga die syurga aku kat bawah tapak kaki mak aku. tapi tergamak die wat mcmtu kat mak aku. bulan puasa pulak lagi.

mmg aku tak anggap die adik aku lagi. dia banyak sakitkan hati mak aku. mak yang kandungkan die 9bln. mak betarung nyawa lahirkan die. mak yang susukan die. mak yg susah hati bila dia sakit. sampai masa.. ini balasan die kat mak ? sungguh aku mmg takkan kate aku ada adik mcm die. kecuali dia berubah.

mak kate die dah terlalu byk makan budi dgn org. sbb tu jadi mcmtu.
aku tunduk.
mungkin betul.

kisah nye aku tak online ni ade kaitan dengan die. sbb die dah la tak keje. duk online 24 jam main RO. dah tentu la pc ni takkan lepas ke tgn aku.

kemarin, aku terkejut dpt msg dari huzai,

aku baru nak feeling la konon2.. mmg aku tipu diri aku. kalau kira2 skrg ni dah setahun. tapi aku la bodoh.
bukan aku je. die pun bodoh. mase dgn die pun dah byk aku tipu die.. aku kuar dgn org lain pun die taktau. die lagi bodoh dr aku. hahah.

msg die :

"assalamualaikum.. trlebih dhulu sy nk mintak mf sbb xdpt nk hbngi awk lg, sy xblh nk tipu dr sy ati sy n xsnggup nk tipu awk lg.. dlu mgkin cinta sy kasih syg sy hnya utk awk, tp sy bkn mcm dlu lg. lps sy ptskn hbgan ni dlu sy dh nekad xkn mencintai awk dan xkn bg ksh syg sy pd awk lg.dan ari ni sy tetap dgn pndirian sy tu. maaf sbb buat awk trluka. sy minta lupakn lh sy dan bila hdup baru.. kte xmgkin sperti dlu lg..xkn mgkin..percayalah aku bkn untukmu.."


hahaha.. aku mmg sedih.. cam frust pun ade.. mane tak nyer.. tiap2 tempat kat kontan ni aku gi.. mmg ada muke die. sbb aku slalu gi mne2 dgn die.. mmg susah nak lupakan kenangan tu. kenangan yg wat aku termenung. tp taklah smpai menangis* lagi lah menguatkan semangat aku utk kluar dr kuantan ni!

stakat frust mcm ni.. biase jer.. die kate die xsnggup nk tipu aku. tp die dah tipu aku. punca aku break pasal shasha, adik angkat die.. kalau betul adik angkat knp nak sorok2 ckp? msg pun sorok2.. xkasi aku tgk.. nampak sgt la ada affair mase die keje kat bentong dulu.. why not terus terang je taklah hati aku sakit.. & aku pun leh pasang lain! kweng3..

hahaha.. tak terniat pun.. aku tgk membe2 lain.. cple ok jer.. cth fifie. pakwe dok kL.. jmpe pun 2 @ 3 kali.. berthn smpai 3 thn. tp aku?? mungkin ke sbb aku ramai kwn.. sbb aku chatterZ?? aku rs bkn sbb tu.. sbb aku have fun dgn diorg.. kuar ramai2.. bkn date.

pasal si AP plak.. klu aku tak msg die die xmsg aku. maybe die bengang sbb hal dulu tu.. die call aku kt dlm kete tgh ckp dgn laki. mungkin itu lias.. aku trsalah tekan mybe.. takpe lah biar die tau aku sape. aku bkn jujur, bkn baik. tapi sebab ape? sebab lelaki gak wat mcmtu kat aku.

smlm DD msg? so skema die tu.. baik mmg la baik. cuma aku takleh trima die ade kaitan dgn si bangsat tu. DD anak sedara si bangsat tu. bangsat tu name die joe.
joe tu..harap muka je mcm pasha ungu.. tp perangai mcm babi wakper.. baik aku carik babi jer.. panggang kasi die mkn.
dgn pmpuan2 simpanan nyer.. ckup2 lah..

dunia penuh dgn penipuan.

last skali nak citer pasal amir, wah.. 2 hari brturut2 die dtg berbuka sama2 dgn aku. lepak kt pantai. die je fhm aku. die je tau aku. tp die trlalu lurus.. dan aku trlalu bengkok. haha.. lurus yang amat.. amat yg lurus?
stakat ni aku cuma nak hubungan aku kekal dgn die.
berkawan buat masa ni, supaya tak menyesal di kemudian hari.
aku tak nak tukar title mcm org2 lain.. "abg syg" "pa ma" ape2 je lah..
aku cuma nak "sy awk" supaya menampakkn hubungan ni akan sentiasa baru walaupun dah lame..


esok nak gi chini yeay! jln2 cari psl..