Wednesday, November 24, 2010

cerita tak sedih

dear diary,

selama ni aku asyik cerita sedih2 ke kat dalam diary ni.. tapi kali ni aku taknak cerita sedih lagi.. :) aku nak cuba jadi seorang yang happy dan ceria walaupun masalah tu selalu datang. aku nak hadapi semuanya dengan senyuman :)

sebulan pasti sekali aku update. sebenarnya aku tak tahu nak taip apa and nak mula dari mana cerita aku ni. aku bukan penulis handal macam zackzukhairi. cerita dan setiap entry membuat orang terpukau. aku tak kreatif macam die. aku dah tak tahu nak taip apa. pasal cerita yang aku rasa nak cerita pasti aku akan bercerita.

tak lama lagi finie house mate aku dah nak berhenti kerja. dia dapat kerja kat terengganu. aku cume boleh wish all the best kat die. sedangkn aku masih di sini.
tapi bukan langkah aku terhenti tanpa dia. walaupun tinggal kat rumah kuaters tu sorang2 dengan macam2 cerita horror yang aku dengar. aku masih kuat lagi tinggal sendiri. aku tak takut, bukan aku berani sangat. tapi kalau kite takut, syaitan tu lagi berani. walaupun dalam otak ni terbayang macam2 masa tinggal sendiri.. 4 puteri dengan hulu balang. macam yang abah die selalu cerita. ah.. asalkn "mereka" tak ganggu hidup aku pun dah cukup baik.

aku tak sabar nak menanti 29hb. mungkin aku juga akan tinggalkan tempat ni dan berhijrah ke tempat lain.

dalam kekalutan aku yang tension dengan kerja yang ntah ape2 ni, tapi aku masih mampu bersabar walaupun boss aku maki aku. aku anggap tu sebagai 1 cabaran. ade ke orang sanggup kene maki?? tapi aku tak kisah la.. die dah tua..da tak lame lagi hidup, aku bagi chance la kat dia. tapi bos aku memang bagus, walau die dah maki aku..time hari raya aku kerja sorang2 die sanggup datang hantarkan makanan yang isteri die masak untuk aku. die tak pernah marah pun kalau aku bawak adik2 aku datang office dan main2 dalam office. aku bersyukur sangat die tak pernah marah adik2 aku yang nakal main barang2 dlm office. cayalah pakcik!

rentetan cerita lepas kene marah dgn boss

rabu : kene marah-malam-beli tiket-ktn-temerloh-rumah laili (best frend aku)

khamis : kul 11-sampai umah ely-sumbat di rumah sbb ely keje-mlm-karoke

jumaat : jalan2 tmeloh-ayah call-tutup tepon-adik aku kasi kantoi aku g temeloh! damn- ayah cari sampai sungai lembing-membe cover-kate aku mc-ke kuantan

sabtu : balik umah-bagi bende2 haram jadah* yang ayah,mak,makcik,pakcik,segala nenek moyang aku cari nak mende haram jadah tu*

ahad : aku balik sg lembing lepas bagi haram jadah tu kat ayah aku

p/s : haram jadah yang dimaksudkan di sini adalah aku punye payslip gaji dan epf tu semua mak mintak dengan aku suruh fax untuk loan beli rumah kat melaka.

sebab aku panggil bende tu haram jadah kerana ianya menyusahkn hidup aku. pihak bank berkali2 call aku, semua tanya aku bende yg same jer. mak aku plak beria-ria nak beli rumah kat melaka. suruh aku guaranto. kalau dah die tak bayar mesti nnti nama aku plak yang blacklist. die tak peduli ke haku mampus sorang2 ke kat rumah kuaters ke.. aku hidup ke aku mati ke.. aku sorang2!

mase tu plak aku datang period 2 minggu tak berhenti. lagi la aku rasa nak maki je semua yang aku rasa tak betol (aku je lah betul nye mase tu)

sekarang rasa dah ok sikit la.. alhamdulillah..
lepas aku baca buku "penenang jiwa" karya imam al ghazali.. baru la aku rasa berakal.
kalau tak mase ahad yang aku belum ade akal tu aku dah baling hp aku sebab geram dengan ayah aku. die call aku 17 kali aku tengah kerja. aku dah cakap nanti aku call die balik tapi die degil n still call aku.. aku pun ape lagi... xsedar mase bile hp aku tu terbang!

sekarang ade tepon baru la bai :"> baru beli.. lepas ni taknak baling2 dah.. sayang..

4 comments:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan .. tengok jgn x tengok.. sila klik disini dan klik disini. Juga tutor 4 the latest read more klik disini.
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

    ReplyDelete
  2. rasanya ni pun macam cter sedih jugak jer..huu..huu

    ReplyDelete
  3. wah...ini entry luahan yang paling ikhlas saya pernah baca....

    ReplyDelete