Wednesday, October 27, 2010

janji lagi janji lagi

dear diary,


entah kenapa walaupun ada dia tapi aku tetap rasa seperti dulu.. macam biasa jer.. tak ada apa2 perubahan pun. mungkin aku terlalu memilih. aku susah nak terima bila lelaki tu tak bekerja. jadi muak dengan janji dulu. haiisshh.. puas aku pujuk2 hati nih.."sabarlah..nnti ada la tu...belum rezeki lg" tapi sampai bila? dia yg tak bekerja tapi aku yang risau..

mungkin aku boleh terima dia sebab dia yang selalu ada masa aku susah dan datang membantu aku. bukan hati ni dah tawar tapi.. awk tolong la cari kerja.. awak tu lelaki. berbuih mulut ni sebut benda sama jer.

die kata taknak lepaskan aku kalau aku dapat kerja jauh2, suka atau tidak aku tetap akan pergi sebab dia bukan suami aku. kenapa aku mesti ikut cakap dia? sebab sayang? sayang tu bukan leh bagi makan kat kite lah. die tak pernah fikir masa depan, berbeza dengan aku yang setiap saat sentiasa memikirkan masa depan dan apa yang bakal jadi. sekali tersilap langkah menyesal seumur hidup. sebab tu aku pilih buat betul kali pertama.

bukan aku menyesal pilih dia.. tapi kadang2 hati ni berkata-kata sendiri. kenapa aku mesti pilih lelaki yang macam dia?? sedangkan dia tak ada apa2. memang bukan harta yang aku pandang, bukan rupa, tapi hati.. seandainya aku kawin dengan dia, die tak bekerja aku plak bekerja. bukan kah itu akan menjadi punca pergaduhan dan akhirnya penyelesaian nye mudah je? dah pasti penceraian. aku tak nak jadi macam tu. aku nak kekal sampai akhir hayat.

setiap apa pun yang kita buat mesti bermula dari bawah. sebabtu aku nak die belajar berdikari, bermula dari bawah.. then baru lah melihat ke atas.

Aku tak sempurna, cuma dengan akal yang sedikit ni aku mahu bimbing dia. aku sanggup tunggu puluhan tahun pun andai die sanggup berusaha untuk majukan diri dia.

2 comments:

  1. hye dear,jangan fikir lagi, if die tetap beralasan dengan cari keje bagai, dia perlu diajar. saya pernah de pengalaman camni, 3 tahun bertahan, it doesnt make sense ok, nak kesian or sayang kena beragak. try once more. if dia tetap dengan dolak dalik..go on wif ur life. jangan siakan hidup sendiri k!

    ReplyDelete
  2. thanks awk.. alhamdulillah..skrg ni die dah kerja.. tapi die tak lah serajin kite ni perempuan. selalu ada alasan tak pergi kerja. mungkin permulaan bagi dia. tak apa lah.. sy bagi peluang..

    ReplyDelete