Monday, June 28, 2010

selalu mengalah

dear diary,

aku amat merinduimu. walaupun hati aku terlalu malas untuk memulakan coretan bodoh ini. segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. walaupun selalu ada kawan-kawan yang bersama aku tapi aku masih rasa keseorangan dan tersisih. aku tak pasti kenapa jadi begini.

ayah, kenapa kau tak pernah faham aku? aku tak mintak apa-apa dari ayah. cuma aku minta ayah tolong jangan perkecilkan aku dan beri lah sedikit sokongan pada aku ni. sebenarnya aku selalu kecil hati dengan ayah. kawan-kawan cakap apa yang ayah buat tu untuk naikkan semangat aku. tapi die ayah aku.. aku sayang ayah. tapi kenapa aku tak rasa bahagia seorang anak yang disayangi ayah.? segala apa yang ayah suruh aku buat tanpa banyak soal. tapi kenapa ayah sikit pun tak hargai aku? kenapa? aku anak siapa sebenarnya....


hari2 fb..hari2 fb.. ada apa dengan fb aku pun taktau. sekadar mencari teman2 lama yang dah lost contact. semakin hari aku rasakan yang aku dah malas lagi. semakin malas dan malas... bila ayah langsung tak pedulikan aku. baru beberapa hari aku balik dari melaka ayah dah suruh cari kerja. aku faham ayah.. memang aku tengah usaha ni.. sabar lah sikit ayah.. ehhh..ayah marah aku lalu brodband di hempas, supaya aku tak dapat online lagi. tak apa.. aku tak kisah pun ayah, aku boleh beli lagi. mungkin aku patut keluar dari rumah ini lagi, pergi jauh dari family, dari saudara yang menganggap aku ni cuma anjing tersepit. aku sedar siapa aku.


memang betul kata ril, sekurang-kurangnya awak masih ada ayah. tapi ril.. bagi aku lebih baik tak ada dari ada yang macam ayah aku ni..maaf ayah..aku memang terlebih. tapi ayah lagi terlebih sebab buat arwah atok macamtu.mungkin aku jadi begini juga sebab ayah. tapi takpe lah.. ayah cuma 1..

zura?? nak ape la sepupu aku ni.. tibe2 je msg aku mintak no fon jantan.

tak kuasa aku nak melayan.


bila lah aku nak dapat kerja ni. 1 pun belum panggil inteview lagi. tak lama lagi nak puasa dah lepas tu raya. raya ni memang aku takkan balik kampung lagi. aku dah cukup sakit dengan adik-beradik mak aku buat kat aku. selama ni aku tahan sebab aku kesian kat mak aku. aku taknak kerana aku die adik beradik berpecah belah. tapi maaf kali ni memang aku tak tertahan lagi. aku dah tak sanggup pendam semua ni lagi.biarlah aku keluar dan kalau aku datang melaka nanti pun aku takkan cari diorg lagi. biarlah orang nak kata aku ni kacang lupakan kulit atau apa2. aku dah serik dipermainkan saudara sendiri ni. dalam hidup aku dah tak ada erti saudara lagi.


mujur masih ada kawan2 yang mengerti perasaan aku. sanggup berkongsi suka duka dengan aku. aku tak kisah. selagi orang masih mahu berkawan dengan aku, aku tetap akan kawan dengan diorg sampai bila2. tapi kawan2 yang nak jiwang2 memang aku lemah sikit.. masalahnya aku tak sedia lagi... single is the best..


badan aku sakit sebab demam ni, udah dulu ya diary. nanti aku tulis lagi~

1 comment:

  1. apa yang saya nak cakap jika ada soal keluarga :) u kenal mereka lebih baik :)

    ReplyDelete