Monday, May 3, 2010

aku tetap aku

dear diary,


bila aku sendiri fikiran aku mula bercelaru. aku tak tahu yang mana patut aku fikirkan dan yang mana tidak. macam-macam hal berlaku. mungkin Tuhan nak uji aku lagi dan mungkin kerana aku sentiasa lalai dalam mengingati Nya.

aku balik kuantan dengan penuh harapan semoga aku lulus dalam temuduga yang aku duduki. tak lama lagi aku boleh tersenyum dengan segala "tamparan" yang aku pernah terima selama ini.

kalau nak di tulis 1 persatu episod hidup aku mungkin ada yang tertinggal atau episod yang mungkin membosankan. tapi inilah hidup. setiap yang aku lalui semuanya telah tertulis dan aku hanya patuh menerima segala ujian.

aku yang masih cetek dengan pengalaman dan masih tercari-cari arah tuju hidup aku yang sebenar. kemana aku perlu membawa diri aku? di langit atau di tanah. yang pastinya semuanya sudah ditentukan cuma landasannya aku yang pilih sendiri.

semakin lama aku rasakan aku terlalu jauh dengan kawan-kawan aku. kawan zaman sekolah yang memahami aku ketika susah dan senang.. norlaili.. kawan-kawan sezaman aku semuanya telah pergi meninggalkan aku dengan secebis kenangan bersama. aku pun tak pasti samada aku yang lari kerana terlalu memikirkan diri aku tak setanding mereka, ataupun mereka yang mengundurkan diri tidak mahu bertemankan aku yang bukan setaraf dengan mereka. aku tak pasti. tapi yang aku pasti aku sangat rindukan kawan-kawan masa sekolah dulu.


masalah yang aku malas untuk fikirkan lagi. pasal bekas aku. baru aku nak beri peluang untuk dia betulkan kesilapan dulu.. tapi apakan daya aku, skali lagi aku tertipu walaupun sekadar kawan. setia yang tercalar, kata manis bagai. berjanji memang indah. tapi reality aku yang tanggung sendiri. sudah cukup dia melukakan hati aku lagi. sudah.. aku memang takkan ingat lagi kawan macam dia. bagi aku dia dah tak ada makna apa-apa lagi. motor yang hilang. padan muka. mungkin dia lebih gembira jika aku hilang dari hidup dia.. smoga Allah jangan temukan aku dengan insan seperti dia lagi. AMIN..

sudah puas aku menderita. menderita dalam mencari bahagia. bahagia konon nya dengan setia. setia pula pada insan yang masih tak mengenali aku lagi. masih kalah dengan penipuan lagi. terima kasih sebab buat aku menderita. kalau kau tak buat begini, aku cuma akan sedar yang dunia ini indah sahaja kan? kau buat aku sedar semuanya.



aku dah tak sabar nak belajar lagi. semoga tmuduga SPA nursing tu lulus.. dan aku dpt sambung blajar lagi...!

1 comment:

  1. sabar je la..insyaallah awak akan dapat..sama la macam aku...kawan2 aku entah kemana hilang..tapi awak kena cari dieorang jugak...dieorang pun macam kita..may b dieorang pun rasa macam tu jugak...kalau awak tak cari..may b ada sedikit kgembiraan bila dapat berhubung dengan dieorang

    anyway hope awak happy2..take care

    ReplyDelete