Wednesday, April 14, 2010

segalanya aku terima

dear deary,

ketika hidup memberi seratus alasan untuk aku menangis.. Kau pula datang memberi sejuta alasan untuk aku tersenyum.. Ya Allah.. akhirnya Kau memberi aku peluang lagi..setelah lamanya aku menunggu dengan penuh sabar..

hari ni khamis 15/4/2010. pagi ni aku akan menaiki bas untuk pulang ke melaka. sudah beberapa hari aku di kuantan. daripada 11hb aku balik.. macam2 dugaan aku untuk pergi inteview yg diadakan di kuantan specialist. mula-mula.. sprvisor tak bagi cuti sebab tak ada orang cover tempat aku. tapi aku berkeras juga. aku ugut nak resign dari jawatan kalau diorang susah nak approve cuti aku. aku minta cara baik begini pulak balasan yang aku dapat. lepas tu dah ada orang cover, supervisor aku masih cari aku sebab suruh tukar tarikh nak balik kampung. sebab 13 hb tu tarikh aku mesti training untuk tetap dalam jawatan. tarikh yang sama 13hb, open inteview kat kuantan. so aku mesti kuat, biarpun macam2 halangan akhirnya aku berjaya lalui temuduga tu. 12hb sehari sebelum temuduga untuk jururawat di hospital swasta kpj aku sengaja melawat web spa. orang kata memang susah nak dapat spa. tapi aku cuba la..

alhamdulillah, nama aku ada untuk senarai panggilan untuk temuduga. aku bersyukur sangat-sangat. sudah 3 tahun aku menanti tetapi jawapannya tetap sama "maaf maklumat anda tiada dlm urusan" tapi kali ini aku boleh tersenyum riang sebab 28hb nanti aku akan menghadiri temuduga itu.

aku berdoa dan berharap aku masih boleh tersenyum untuk keputusan temuduga yang menanti selepas itu..

sekarang aku mahu pulang lagi ke melaka. cepatnya masa berlalu sudah lebih 3 bulan aku di sana. dan lagi beberapa bulan untuk terus bertahan di sana. sekali sekala pulang ke kuantan ni rasa macam aku tak nak jejakkan kaki lagi ke melaka. tapi apakan daya, kerja aku masih menanti di sana. walaupun cuma "minah kilang" yang sering di pandang serong masyarakat. tapi aku akan buktikan pada mereka semua.. minah kilang pun boleh berjaya tau.. aku tak kisah apa orang nak kata pasal kerja aku ke. yang penting aku cari rezeki halal dan aku tak mintak duit siapa2. kerja macamni pun aku boleh lagi bagi mak dgn ayah duit. dan belikan macam2 untuk adik-adik aku. walaupun tak seberapa tetapi diorang happy sangat dengan apa yang aku beri.

semoga aku kuat dan sabar lagi untuk menghadapi ujian-ujian yang bakal mendatang. dan awak-awak semua yang singgah ni.. doakan saya berjaya untuk temuduga itu k..!

1 comment:

  1. ok la tu..macam ada harapan untuk dapat gov...ala biar la apa orang nak kata...dulu2 pun aku kerja dspacth..n meniaga ayam pun pernah...masa tingkatan 5 aku kerja dspacth untuk tanggung aku sek n ambil spm..nak beli buku2...aku cuti 2 bulan untuk kumpul duit...ramai cikgu2 ingt aku saja tak datang sek..n banyak cakap aku akan gagal dalam hidup...now aku dah boleh nafas dengan lega..tapi tak la berjaya lagi sangat..cuma dalam proses jer...haa..haa...erm hope awak mampu berjaya dalam hidup jugak..bubye..

    ReplyDelete