Thursday, March 25, 2010

kata yang tak terkata dengan kata-kata

dear deary,

hari ni aku rasa nak berkata. kata-kata kebenaran yang mmg sukar untuk dikata. aku dah bosan hidup kat sini. aku cuma bertahan untuk seketika. YA ALLAH, kau bimbing lah hati hamba mu ini ke jalan Mu..


bln 4, aku balik kuantan. cuti 3 hari untuk inteview di kuantan specialist. aku tak mengharap sangat pon. tapi kalau dapat bagus la.. ayah dah beria-ria suruh aku prepare untuk temuduga jururawat.. tapi aku rasa macam susah jer nak dpt.. tapi ape2 pun usaha & tawakal jer mane tahu ada rezeki aku.

tiba2 terasa rindu sangat kat kawan-kawan.. di room pahang1.. chatterz yang lama-lama.. mase zaman aku masih remaja. seronok sangat. sampai lupa yang hidup ni sementara je.

kalau lah dari dulu aku sedar, yang aku ni pasti akan mati. nyawa ni pasti akan tercabut dari jasad, pasti aku mampu ubah semua kesilapan yang lalu.
sekarang aku sangat sangat merindui arwah nenek. dia yang banyak bagi nasihat pada aku yang degil ni. kata nenek aku masih ingat sampai sekarang.. kalau lah syurga dan neraka tu kita nampak, pasti semua orang berlumba-lumba nak cari pahala n takkan buat dosa.. tapi semuanya kita tak nampak, cuma kita yakinkan dalam hati bahawa kiamat pasti tiba. dan seluruh manusia pasti akan dihisab amal nya.. kenapa kita nak kejar dunia yang sementara.. sedangkan akhirat yang kekal tu kita lupakan.. kenapa??
aku pun tak tahu kenapa...


setiap yang hidup pasti akan mati. cuma lambat atau cepat sahaja yang membezakan hayat seseorang. minggu lepas pak ngah aku yang berada di kedah baru saja kembali ke rahmatullah.. sakit jantung. aku cukup simpati dengan keluarga arwah.. anak2 masih kecil.. arwah baru masuk 40an.. masa bkn pengukur untuk seseorang tu pergi..

dan aku pula tak dapat bayangkan macam mana aku nak hidup tanpa ayah aku. walaupun aku selalu marah2, selalu tak puas hati dengan ayah.. tapi dia tetap ayah aku. aku sayang ayah.. tak ada ayah.. tak ada aku.. aku pun sayang mak dan keluarga aku. bagi aku sekarang ni family aku adalah segalanya.

apa khabar sahabat di mesir, aku rindu sangat pada dia.. tapi aku tak mahu ganggu dia belajar. suatu hari nanti kita pasti bertemu yea awk.. :)

2 comments:

  1. kawan2 aku pun bayak kat mesir..cuma aku jer tak ikut jejak dieorang..erm..sabar la harungi cabaran n kesedihan hidup..

    ReplyDelete
  2. haii.. susahnye la nk komen kt blog org tu.. asyik die je komen kt blog kite ni..

    ReplyDelete