Monday, February 22, 2010

siapa menang siapa kalah siapa benar siapa salah

dear diary,

jiwa aku tak mampu nak menahan sebak bila aku dimaki berterusan. airmata aku tak mampu aku tahan lagi. aku menangis. mahu saja aku menjerit sekuat hati. tapi tak ada siapa yang sudi mendengar tangisan bodoh aku, cuma pada diari aku bercerita. aku rindukan rumah aku. rindukan ibu aku. adik-adik aku. aku sunyi bila sendiri. walaupun bekerja siang malam. penat letih. tapi hati ni tak pernah lepas dari memikirkan mereka.

tersentak aku bila dapat sms dari seseorang. aku cuma minta dia berubah. bukan jadi jahat tapi jadi baik.

"nape msj sy lg smlm klu xsuke sy dan ckp mcm2 kt sy? ape tu syg? berubah jd ape? dh naik jemu perkataan syg. kalau nk syg menyayang pegi cari jantan lain la"

aku cuba nak berbuat baik pada orang, tapi ini balasan yang aku dapat. walaupun dia banyak sakitkan hati aku, tapi aku masih anggap dia kawan. sebagai kawan aku nasihatkn dia. tapi apa yang aku dapat? mungkin rasul pun begitu dihina ketika menyampaikan ajaran Allah. aku redha..

tapi hati aku sakit, aku tak mampu tahan sabar. aku manusia biasa. pergi cari jantan lain? maksudnya dia memang jantan, bukan lelaki lah.. memang masalah.

susah orang nak terima... suatu makanan yang "kotor" , "lalat" suka hinggap.. dan "lalat" tu akan berusaha meracuni makanan yang "kotor" tu supaya menjadi semakin "kotor" dan tak boleh dimakan lagi. dah tentu makanan itu akan terbuang. tapi bila makanan yang "bersih" pun akan ada "lalat" yang akan hinggap untuk membuat makanan itu jadi "kotor". macam hidup aku.

aku tak salahkan sesiapa. cuma aku kecewa dengan sikap dia. sejak aku mula-mula kenal dengan dia memang aku sentiasa tulis dalam ni. untuk menyedapkan hati aku. aku tak pernah tunjukkan pada dia kalau aku sangat2 kecewa dengan sikap dia.

Tuhan tunjukkan aku jalan...


kawan-kawan yang ada di sekeliling aku pun tak mampu mengubat rindu aku pada family...ya Allah.. aku terlalu rindukan mak..dan adik-adik aku...


aku dah puas berlari, aku nak balik..

Tahun ini adalah tahun untuk aku mengenali siapa diri aku sebenarnya. memang banyak "lalat" yang berterusan mengganggu aku. tapi aku pilih hidup single. supaya aku bersih dan tak dicemari. biar aku tak dimakan kerana orang tak nampak jangan kerana aku kotor dan busuk untuk ditelan. walau apa pun alasan "lalat" yang datang. jawapan aku cuma 1. jangan paksa aku dan beri aku masa selama yang mungkin untuk aku fikirkan.


"lalat" yang seekor tu. aku akan lebih berhati2 dengan permainan yang dia aturkan. aku takkan kalah dan mengalah lagi sebab aku sudah puas mengalah. terima kasih sebab kau jadikan aku lebih berani. pilihlah makanan yang segar, walaupun tak cantik. tapi jangan lah pilih makanan yang sedap dan cantik tapi telah dicemari...

end~

2 comments:

  1. well..hope satu hari nt u xjumpe lalat..tp jumpe seorang manusie yg punye perasaan...:)

    ReplyDelete
  2. pulang la ke family..kadang2 hanya muka mum kita yang boleh selesaikan masalah kat hati..mum tu penawar segala masalah kita..walaupun bukan dari segi zahir..tapi dari kesejukan memandang muka mum tu yang boleh wat kita tenang..

    pada lalt tu...memng betul apa langkah yang awak ambil..hati2 la..tapi tak salah bagi peluang pada orang yang kita tak suka..dari bagi peluang pada orang yang kita suka tapi lepas tu dia tinggalkan kita

    ReplyDelete