Saturday, January 30, 2010

jalani hidup apa adanya

dear diary,

aku yang sengal ni kembali lagi menulis kat diari buruk ini. rindu yang amat aku pada diari... kat sini atau kat mana2 aku cuma ada kamu. kamu lah tempat aku meluah segala-gala isi hidup aku selagi nafas aku belum berakhir.

hidup di tempat orang ni memang mencabar sangat-sangat. setiap hari aku di uji dengan macam2 cubaan yang buat aku semakin berani nak hadapi hidup ni. entah sampai bila aku kat sini aku pun tak pasti. mungkin satu hari nanti aku balik kuantan dan pasti aku rindukan melaka lagi. walau pun tak ada mak, ayah, angah, dila, abang, adik, dan kawan-kawan aku semuanya.. tapi aku masih rasa tenang je..

kawan2 aku ?? mestilah makin ramai.. mula-mula aku sampai aku dah mencari pekerjaan untuk aku survive kat sini. 1st aku bekerja kat kilang konica minolta. nama yang gah juga lah kat sini.. tapi setelah aku explore.. biasa2 jer.. gah cuma luaran. aku bekerja di department QI. banyak yang aku belajar dari hidup orang asing. antaranya pekerja dari vietnam, myanmar, kemboja, indonesia.. aku belajar dan belajar lagi.. walaupun aku tak faham bahasa diorang tapi aku masih boleh comunicate in english. tak sia2 la apa yang aku belajar selama ni.

kata orang, mula-mula manis..lama-lama tawar juga..aku bekerja sebulan, dan bila aku dapat tawaran kerja kat vishay, aku pilih vishay sebab dekat dengan rumah. sekarang ni sudah 3 minggu aku di vishay. segalanya aku jalani dengak OK jer.. cuma ada sedikit masalah dengan kawan sekerja.. sikit saja. aku tak kisah. but im happy sangat-sangat kat sini.

walaupun aku dah single, aku still happy, mungkin aku lebih sesuai single dari couple ni. semuanya dah aku tinggalkan. memang jauh la aku dari dosa dan...makin dekatlah aku dengan TUHAN.. insyaAllah...


semalam balik kerja. aku terlalu bosan. maklum lah, aku tinggal cuma berdua dengan mak cik aku. dah la tak same syif, terpaksa lah aku dduk rumah sorang-sorang. aku call lah sorang member dari terengganu yang kebetulan kerja di melaka. aku keluar lepak dengan dia dan kawannya sorang. keluar minum kt kedai mamak jer, melihat suasana melaka di malam hari. pusing-pusing town. dan sekarang aku dah tahu macammana "rupanya" melaka ni.

lelaki..perempuan.. mabuk sana sini. masa hantar kawan nya budak tu ada la amoi ni berdiri tengah-tengah jalan dan arahkan kami langgar dia. mungkin da mabuk teruk. kawan aku geleng kepala. aku pulak macam blur.. maklum lah.. aku memang tak biasa dengan melaka kalau dah waktu 2 3 pagi macamtu..

sebelum balik sempat pulak dia nasihatkan aku.. dia cakap suruh hati-hati kat melaka ni. dan aku akan ingat pesan dia tu. aku tak risau sangat sebab kalau aku keluar mana-mana pun mesti dengan makcik aku.

aku terlalu rindukan kuantan, tapi aku taknak balik kuantan lagi.. aku rindukan si kembar, adik-adik aku yang paling aku sayang.

sudah dulu ya diari, nanti aku tulis lagi.

i miss u~

2 comments:

  1. bagus la macam tu..ko pandai jaga diri..
    kadang2 single lagi bagus kan..tapi sunyi jugak..aku doakan yang terbaik dalam hidup ko..jangan selalu sedih2..n jangan bunuh diri..

    ReplyDelete