Thursday, December 3, 2009

nak post ape tak tau

dear diary,


lama tak hapdet.. tak tau apa aku nak hapdet.. cerita banyak nak cerita.. tapi tak tahu daripada mana harus mula. Segala yang aku fikirkan sukar dah semakin mudah untuk aku tempuh.. sekarang aku semakin pasti dengan hala tuju aku. biarlah orang nak kata apa. aku dah tak peduli lagi apa kata orang. mungkin sampai bila-bila aku akan terus macam ni jika aku masih terus terus kenang kisah-kisah lama yang tah hape-hape tu.

pejam-celik-pejam-celik tak sangka exam aku pun dah nak habis.. paper killer dah habis.. tggal yang simple2 jer.. so aku rasa lega sangat.. in fact, dalam keadaan aku yang study last minute ni.. mcm2 hal blh jadi.. syukur Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.

aku pergi skolah dan balik skolah macam biasa. pengawas peperiksaan tu pelik yang amat dengan aku. cuma aku jer yang sanggup bersusah payah nak ambil exam tu.. tapi masih ada 4 cal0n lain yang tak hadir. pengawas peperiksaan 3 orang, tapi cuma mengawas aku SEORANG sahaja. 1st day aku melangkah l0nglai.. malas-semalas-malasnya untuk kembali ke "sekolah". tapi walau ape pun. kau mesti habiskan paper ni, barulah aku boleh tenang. kalau tak memang aku takkan tenang. sebab ayah asyik ungkit perkara ni. aku bangun pagi pukul 2 pagi. tidur dlm 2 jam sahaja.. selebihnya aku study.. aku tak menyesal pun ambil exam ni.. sebab aku boleh jawab all the question.. tak macam tahun lepas, aku dapat kertas peperiksaan STPM 2008. aku terus blur.langsung tak dapat nak menjawab apa apa. mujur kali ni soalan lebih mudah. dan aku yakin boleh score.


Bagi aku exam ini juga senarai penting yang perlu ada dalam tahun 2009 ini. sekarang aku lega. Selepas ini, aku nak teruskan bekerja lagi.. sampai result STPM keluar bulan 3, masa tu aku baru boleh decide nak terus bekerja atau nak study. but, buat masa ini of coz lah keje dulu.. kumpul duit banyak-banyak. dan pastinya lepas tu kalau aku nak study tak payah aku minta duit ayah. aku pun tak tahan bila ayah asyik mengungkit. kali ini biarlah aku usaha sendiri. aku dah tak takut lagi. aku tetap dengan keputusan aku. takkan berganjak. aku tak kisah orang nak kata aku dah tua-tua pun study.. bukan aku mintak duit orang pun..

12-12-2009 ini aku akan ke MELAKA. tempat lahir mak. aku nak tinggal dengan ibu saudara aku.. kerja di sana pula. 3bulan sahaja mungkin. tapi aku akan pastikan 3bulan ini bukan sia-sia. sakit hati aku memang sakit bila orang berkata macam macam pasal aku. tapi aku tak kisah.

hari ni aku rasa macam teringin nak jalan-jalan blog kawan-kawan aku. mungkin diorang masih belum tahu akan kewujudan blog baru aku ini. tapi lambat laun mereka akan tahu juga. mereka juga sahabat ym aku yang paling best.
aku sayang mereka semua. tapi aku cuma tak puas hati satu jer.. pasal rakan blogger aku juga lah.. sudah ada tunang. aku terasa macam bersalah pula dengan tunang dia. bila si rakan aku ni ajak aku keluar waktu dia tension dan gadoh dengan tunang dia. maka aku pula yang menjadi mangsa keadaan. sebab kawan aku turutkan juga lah.. tapi tunang dia masih tak kenal aku.. dan wujudnya aku ni yang sangat rapat dengan si rakan aku ni. aku memang tak ada rasa apa-apa. cuma kawan biasa. mungkin dalam keadaan tertekan si rakan aku ni boleh berkata apa-apa sahaja yang terlintas. walau siapa pun tunang dia. aku minta maaf. aku salah. dan sekarang aku doakan si rakan dan juga tunangnya bahagia bersama-sama.. AMIN.. tapi kau pula.. wahai rakan jangan lah pinggirkan aku. sebab aku tak punya siapa melainkan kamu sebagai rakan aku.. dan yang lain juga ya...

bosan..bosan..bosan.. setiap hari aku bosan. rutin harian aku. melawat room-room lain selain pahang:1 dan juga mafiawars di myspace. memang tak ada faedah. tapi internet kalau tak guna pun still rm68. dan takkan berkurangan. jadi mengapa aku mesti kawal niat aku untuk YM-YM-YM dan YM lagi? walaupun aku tak tahu apa faedah nya...kawan-kawan saing-saing teman-teman semua dah bersara.. tapi aku masih belum.. mungkin suatu hari nanti pasti bersara dari YM juga..


sekuat-kuat setabah-tabah setegas-tegas seorang lelaki pasti akan menangis. tak kira la seorang ayah ataupun anak. ketika mereka kehilangan orang yang mereka sayangi. semasa hari 1st aku exam.. masa pulang dari sekolah.. aku tumpang kawan aku atiqah.. kawan semasa sekolah dulu.. kebetulan dia juga amek paper yg sama dengan aku. Pengajian Am. aku ke hospital melihat ibu saudara Tiqah yang tidak sedarkan diri selama beberapa jam sebelum aku sampai. Tikah kata makcik itu cuma demam biasa. tapi sudah sebulan. aku sangat hairan, belum pernah aku melihat perkara aneh ini. setelah 5 jam lebih doktor tutup tirai.. macam2 doktor buat. akhirnya mereka pasrah. arwah pun menghembuskan nafas terakhir. yang lagi aku pelik, bila lihat wajah si mati.. sangat lah bersih dan kelihatan seperti tidur. aku cuba tenangkan anak si mati yang sedang mengambil peperiksaan spm pada hari itu. Ya Allah.. sekarang aku dah tak hairan @ musykil lagi. jika Allah menginginkan sesuatu itu maka terjadilah ia.. sebelum arwah tidak sedarkan diri, dia sedang berborak-borak dengan anak-anaknya.. dalam keadaan baik sekali..bergelak ketawa tak seperti orang sakit.. tiba-tiba saja arwah kaku, tidak bergerak, tetapi mata masih terbuka. kelu. masa itulah arwah nazak.. dan 5 jam lebih bertarung nyawa. arwah pergi jua.. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.


hai... daripada cara aku ni nampak macam dah taknak blogging lg.. sebenarnya tidak.. aku masih sayangkan diary ini.. tempat aku mencurah segala-galanya.. dan aku harap dapat menulis lagi di sini.. :) sekian..

1 comment:

  1. i hope i can be 1 of ur friend..i also have a same life like u b4..

    ReplyDelete