Tuesday, May 25, 2010

menghitung hari membilang saat

dear diary,

hari hari yang aku lalui aku rasakan semakin lama. aku tak tahu apa yang harus aku lakukan lagi. segalanya serba tak kena. mungkin kerana aku sudah tiada siapa-siapa lagi untuk masa ini. aku dah letih memikirkan tentang hubungan aku dengan kawan-kawan aku dan 'kawan' serumah aku di sini. segala apa yang dia lakukan pada aku. semoga tuhan saja yang membalas segala perbuatan dia. aku tak pernah berdendam. tapi aku tak akan pernah lupa dengan apa yang dia buat pada aku.

walaupun aku menumpang tapi aku tak pernah lupa yang aku ni menumpang. segala apa yang dia nak aku turutkan. walaupun gaji aku kecil kalau nak dibandingkan dengan dia. tapi aku mampu berdikari sendiri. boleh share belanja dengan dia tiap2 bulan. boleh meniaga top-up lagi di kilang. tapi dia? terlalu jauh beza dengan aku.

kadang-kadang aku pelik. kenapa orang lain happy jer tak ada masalah. sedangkan aku? lepas satu, satu lagi masalah akan datang pada aku. hajat datang melaka nak lari dari masalah tetapi masalah lain pula yang datang dan seolah-olah menjemput aku balik semula ke kuantan.

aku pun tak faham dengan hidup aku ni. tapi aku akan hadapi dengan sabar. aku tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang berlaku ini. kerana aku tahu.. Tuhan uji aku sebab Dia sayang pada aku.. mungkin orang yang gembira itu akan sedih juga suatu hari.

dah banyak kali aku jatuh tetapi aku masih boleh bangun dan berdiri lagi. dulu masa aku di kL mak uda buat aku teruk sangat. bila aku kat sini cikno plak wat aku mcmni. mungkin aku ni bodoh sangat dan terlalu lemah sangat dengan erti 'saudara'
aku dah tekad, tahun ni aku tak nak balik raya mana-mana. 1st raya aku akan mintak ampun dengan mak aku dan ayah aku. lepas tu aku takkan ke mana2. kalau aku datang melaka lagi lepas ni aku cuma akan singgah rumah kawan2 aku tapi bukan yang bernama 'saudara'. sebab aku pegang 1 kata kawan aku . "sedangkan adik-beradik boleh berbunuhan" . aku tak pernah sedih sebab aku masih ada kawan-kawan. dan diary yang sentiasa menemani aku.

satu persatu kawan-kawan aku pergi tinggalkan aku. kakak angkat aku dah berkahwin dan berkeluarga. tahun ni ramai kawan-kawan aku yang bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga. tapi aku??? biasa la.. jawapan aku tetap sama. nak belajar dulu, kerja bagus baru boleh pikir kahwin. memang itu lah yang aku harap-harapan setelah berkali-kali cinta ( konon2 ) dah gagal.

mungkin si player tu tengah berusaha mencari blog aku sebab aku asyik tengok status kt ym dia "blogwalking" dan kau pikir kau akan jumpa blog aku ke? mintak maaf lah yea... kau takkan dapat. maafkan aku. dunia kau terlalu jauh dengan aku. walaupun aku dah berkali2 mencuba terima kau tapi aku tak boleh.


last.. aku pun dah tak tahu nak taip ape. mungkin lepas ni aku sambung tulis diary kat kuantan plak yea.. doakan aku happy n bahagia selalu yea kawan2. sebab aku dah penat menangis.

1 comment:

  1. betul tu..apa yang berlaku ada sebbnyer..yang penting kita kena tabah..aku pun hadapi macam2 vdalam hdup...sebb kawan aku pernah hampir bungkrup...sebb abang aku aku putus dengn awek india aku...sebb awek aku hilang kereta merz aku...huu..huu..semua benda yang aku sayang akan hilang satu persatu..redha je la..aku skang ni pun tak ramai kawan sanagt...hanya blog jugak tempat baca2 balik kisah silam aku..

    ReplyDelete