Friday, October 16, 2009

kembali pergi

dear diary,

aku menyepi dan aku kembali. datang pergi datang pergi lagi. bukan aku mahu.
puas dah menyepi aku pun tak tahu kemana. mungkin kerana obses dgn kerja.
tak mengapa. 20hb ni semuanya berakhir. selamat tinggal BI tech. aku tak ingin jumpa kamu lg.
sudah cukup. kemana aku akan melangkah lepas ni. belum pasti lagi.

tolonglah..aku mau pergi dari pahang ini, sudah cukup aku menderita.
tapi aku masih terikat dengan exam bulan 12 ni. aku dah tak minat nak belajar lagi. biar la adik2 yang sambung cita-cita aku. aku dah bosan. orang lain seronok belajar. tapi aku tak. semua gara-gara ayah.
dan sekarang aku dah tak mahu buku lagi. aku mahu DUIT. ya..duit..
sempoi je sekarang ni. tak de pk masalah ape2 pun. kecuali exam yang aku terpaksa ambil. tak tahu bila dan di mana. angka giliran semua dah dapat. tapi aku langsung tak bukak. tak study. dan ayah aku asyik2 ungkitkan hal duit die yang tak seberapa untuk repeat exam tuh. mcm la aku tak boleh bayar.
ingat study sambil kerja ni senang ke??

dulu tak pk.. bukan aku tak seronok belajar. tapi masa form 6 dulu, puas dah aku. cikgu kat sekolah sikit2 mintak duit. ayah pun asyik suruh guna biasiswa. mcm la berjuta biasiswa kerajaan kasi kat aku.,.. nak belanja dari lower6 smpai upper6. aku bukan tak kenang jasa ayah. tapi ayah terlalu banyak membebel. sakit telinga aku. aku bukan tak sayang ayah. tapi ayah terlalu kongkong hidup aku. at least bagi la aku buat keputusan aku sendiri.

bila adik2 aku semua nya OK! bila aku?? nantilah dulu...tggu ada duit... sampai bila???!!! kenapa aku yang jadi mangsa. aku tak faham. apa bezanya aku?? aku pun anak ayah kn...

tak sabar nak tunggu bln 12. tahun depan umur aku 21. kalau 21 kawan2 amek dip pun dah grad. tapi aku?? masih terpinga2 cari haluan sendiri. aku tahu. Xsemua org yang belajar tu boleh berjaya. aku selalu motivate diri aku mcm ni lah, ala.. tak masuk U pun takpe lah.. mcm2 cara lagi aku boleh buat untuk berjaya. cuma aku.. malu dengan mak uda, dgn ayah uda. mungkin diorang gelakkan aku.. whatever lah! aku tak kisah.
aku akan buktikn dengan alasan ape pun aku mesti berjaya walaupun aku tak ada kertas nama ijazah tu mcm diorg.

sekarang ni, gelaklah puas2.. sebab kamu takkan gelakkan aku lagi lepas ni. OK?
biarkan aku menangis gagal sekarang tak apa..

satu lagi berita. maklang aku.. aku dikejutkan berita maklang yang sakit breast cancer. cost terlalu tinggi nak operate. hope maklang bersabar.. maklang yang jaga aku masa aku kecik2 dulu. mak aku keje.. maklang memang kuat. maklang anak kesayangan nenek. tapi skrg aku takut maklang pun nak ikut jejak nenek. maklang dah kne breast cancer, da sampai peringkat agak teruk gak. mungkin cuma ada masa 6bln lg doktor kata. adik beradik ayah sikit pun taknak tolong maklang, bagi duit ke ape2.. untuk maklang biaya cost pembedahan dia. sebab diorg berdendam dengan maklang. sebab maklang dpt rumah kat johor. arwah nenek wasiatkn. tapi mmg patut pun. sbb maklang yg jaga nenek kat kampung. dan sekarang ni maklang pun nak pergi. kemana lagi la aku nak mengadu..
aku kesian dengan anak2 maklang.



kenangan bersama maklang, anak-anak maklang, dengan mak aku.
maklang sentiasa ceria walaupun ada masalah sendiri.



Ya Allah,. kau panjangkanlah usia maklang ku..

AMIN..

No comments:

Post a Comment